Your daily skincare routine
- Step 1: Cleanser
- Step 2: Toner.
- Step 3: Serum.
- Step 4: Moisturiser.
- Step 5: Sunscreen.
CARA MENCUCI MUKA YANG BETUL
- Bilas muka dengan air untuk melembabkan kulit. Gosok sabun pada tapak tangan. Jika menggunakan berus muka, gosok sabun pada berus muka. Apa bila sabun mula mengeluarkan buih. Gosok wajah anda dengan lembut dan perlahan.
- Tambah air pada wajah jika perlu.
- (Tip Abah : Basahkan tapak tangan dengan sedikit air untuk menambah buih.)
- Gunakan tiga jari pertama untuk mengurut muka. Urut dengan lembut dan fokus urutan tadi pada bahagian yang mudah menyimpan kotoran seperti dibahagian tepi hidung. Kening dan bahagian anak rambut.
- Turutan yang betul untuk membersih muka adalah bermula dengan hidung dan tulang pipi, bergerak ke luar. Gosok beberapa kali pada bahagian tulang hidung, dan. Kemudian gosok secara bulatan di sekeliling mata, dari dalam keluar dahi, di sekeliling telinga, di bawah sisi muka hampa, rahang / dagu, dan gosok muka secara bulatan.
- Selesai mencuci muka. Bilas wajah dengan air bersih.
- Untuk yang bersolek tebal, rendam tuala wajah dalam air suam dan sapu dengan lembut pada muka, Buat ni untuk mengeluarkan sebarang sisa make up yang tertinggal boleh menjadi penyebab jerawat atau digalakkan untuk melakukan aktiviti double cleansing sebelum mencuci wajah. Ia membantu wajah dicuci dengan lebih bersih.
- Gunakan teknik dap dap wajah menggunakan tuala lembut.
Tip Abah : Spray Teamon green tea facemist untuk mengekalkan kelembapan pada wajah selepas aktiviti cucian wajah.
CARA MENGGUNAKAN SERUM DENGAN BETUL.
- Serum lebih mudah digunakan pada wajah yang lembab.
- Titiskan serum terus pada wajah 2-4 titis.
- Gunakan teknik dap dap serum pada wajah 20-30 saat.
- Biar serum kering secara semula jadi.
- Boleh digunakan pada waktu siang dan malam.
Tip Abah : Amalkan proses dap dap ni selama 1 minggu.dan lihat perbezaan muka hampa selepas tu. Abah buat. Abah pun terkejut.Segak lain macam.
FOKUS PADA BAHAGIAN JERAWAT SAHAJA
Cadangan penggunaan untuk wajah mengecutkan jerawat / breakout.
- Titis serum pada bahagian hujung jari. 1-2 titis bergantung kepada keadaan jerawat.
- Dengan lembut, dap dap serum tersebut pada bahagian jerawat.
- Biar serum kering secara semula jadi.
- Ulang step sama pada bahagian lain yang bermasalah.
- Teknik ini lebih sesuai untuk penggunaan pada waktu malam.
Tip Abah : Fokus pada bahagian jerawat sahaja. Sebab abah tak mahu hampa salah dap. Nanti jerawat pecah. Lagi merebak. Selepas jerawat dah mula kecut. Pakai macam biasa na.
UJIKAJI UNTUK JENIS KULIT SENSITIF
- Titiskan serum pada belakang leher.
- Biar seketika. Untuk keadaan normal. Serum tidak akan membuat kulit terasa panas atau gatal-gatal.
- Tindak balas seperti ini menunjukkan terdapat bahan didalam produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.
- Kami mencadangkan anda untuk membuat ujikaji sama selepas 2 minggu. Jika hasil dari ujikaji masih sama. Kami tidak menggalakkan anda untuk meneruskan pemakaian produk ini.
- Perhatikan tanda-tanda pada wajah. Sekiranya keadaan positif. Teruskan penggunaan seperti biasa. Jika sebaliknya. Kandungan bahan dalam produk mungkin tidak sesuai.
CARA PENGGUNAAN PRODUK TEAMON
Cara penggunaan Treatment set | |
Siang |
|
Malam |
|
Cara penggunaan Brightening set | |
Siang |
|
Malam |
|